BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

Mountain Bike Cycling


Selamat hari raya.... Baru raya ke-4 kami dah memulakan sesi persekolahan. Apatah lagi budak, guru pun merungut, sebab masih mood cuti. Merungut-merungut pun tetap datang kerja dan menjalankan amanah.

Tapi apa yang menyeronokkan ialah aktiviti pada waktu petang, aktiviti riadah terbaru iaitu berbasikal. Basikal jenis "mountain bike". Pasti ramai yang menyangka atau beranggapan bahawa hobi ni mahal sebab memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kalau nak beli basikal yang original dan berkualiti tinggi memang harganya sangat mahal. Tapi utk makluman, basikal yang saya sendiri guna ini adalah berharga RM190 sahaja. Memang kualiti kurang, tp bolehlah untuk menjalankan aktiviti riadah ni. Petang ini kami memulakan aktiviti dengan mengayuh dr sekolah ke Rumah Panjang Isau. Jarak tak pasti, agak2 mungkin dalam 6 KM? Penat tapi seronok. Ni disertakan foto yg diambil dengan camera handphone oleh Mr. Boosyn.
Posing di depan rumah panjang Isau.
Sebelum berangkat pulang.
Keletihan selepas berkayuh mendaki bukit.
Posing lagi di atas bukit, tunjuk sunset. cantik pemadangannya
Sambil berbasikal, boleh workout. Dah penat dengan lower body part, sekali2 exercise utk upper body hehe...
Selamat Tiba di pekan. Masa utk minum, kita minum dulu!!!!
Selepas ini pasti ada lagi entri berkenaan dgn berbasikal. Perancangan terdekat, kami akan cuba mengayuh menawan Kuala Tatau bersempena dengan Hari Malaysia 16 September. Wish us luck thank you....

1 comments:

Norris Thomas said...

wah...best eh...aku ada juak mountain bike ku beli last year...mahal ku beli sebab takut patah mun beli yg biasa..ahahaha...rm600 tu ku beli...ada di rumah..jarang pakey..sebab mala layan badminton..ehehhe...
bukan sekolah masih cuti ka? pehal pulak mula awal? tedah