BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 22, 2010

Perkhemahan Tahunan

Pada 2 dan 3 Oktober yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Tahunan dan seterusnya perasmian penutupan Ko-kurikulum tahun 2010. Di sini disertakan gambar utk menceritakan segalanya

Antara aktiviti yg dijalakan ialah pertandingan perbarisan (Kadet Remaja Sekolah)
Perbarisan kadet Polis
Seterusnya pertandingan kawad kaki


Panorama tapak perkhemahan yang kami sediakan
Ooops!! lupa pula nak bagitau bahawa utk perkhemahan kali ini saya diberi tugas sebagai ketua AJK tapak perkhemahan. Antara tugasnya ialah menyediakan tapak perkhemahan mengikut unit. Untuk memeriahkan lagi suasana saya telah mengajak ahli AJK dan sekumpulan pelajar tingkatan enam yang membantu untuk membuat pintu gerbang. Pada pendapat saya, pintu gerbang ini akan menambahkan lagi seri tapak perkhemahan dan saya menjangkakan ia akan menjadi background utk banyak fotografi....
Menyediakan banner utk pintu gerbang.
Pintu gerbang yang serba ringkas dilengkapi dengan banner, bendera Sarawak dan Jalur Gemilang
Dan tidak syak lagi, pintu gerbang ini menjadi background utk sesi fotografi setiap unit yang terlibat, tidak termasuk gambar individu2 lain yang pastinya telah menghiasi banyak album, blog dan sekurang-kurangnya menghiasi Facebook....
Puteri Islam (PPIM) bukan PPSMI ok...
Kadet Polis
PBSM
Pandu Puteri
Pengakap



Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Tidak ketinggalan, sebilangan geng pengayuh juga turut ber"posing"
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli AJK tapak perkhemahan dan tidak lupa juga kepada kumpulan pelajar Tingkatan 6 Atas yang sangat berdedikasi untuk membantu khususnya utk menyediakan tapak perkhemahan dan menjayakan perkhemahan amnya.... Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

3 comments:

Rose said...

wah berkhemah.. rindu mok pakey baju seragam agik koh.. :-P

Willie a.k.a Reptoz said...

Jam,

Best kem kitak ya. Rami participate. Sik macam kem kamek org, rami sik berminat mok join.

James Kabaq said...

Rose: lain kali mun ada gik camping aku jemput kau. ko boleh join mana2 unit yg ko maok. siap provide unipom nya skali hehehe...

Willie: boleh tahan rami, 33 org setiap unit, kali dgn 6 unit. Semangat juak biak sitok.

Cuma ya lah, sik se"best" mcm zaman2 kita dolok.