BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 28, 2010

New Machine

Salam sejahtera.... pembuka kata che...wah...

Bersemangat lagi maok kongsi pasal my new machine.... basikal baru huhuu.... oleh kerana banyak faktor, saya telah meng"upgrade" jentera. Beberapa foto yang simple ini juz nak kongsikan bersama2 ramblers. Ku menginginkan satu sesi fotografi yang betul2 dgn jentera baru ni, tapi belum ada kesempatan berikutan sibuk berkayuh pada masa lapang. So nantilah baru buat sesi fotografi yg benar2 sesi fotografi hehehe.... Nikmatilah, my new machine.... XDS 26027...

White/Blue (Buhak/ Bihu)



Tiga jentera bersauadara. Same model.
Berulah ada keyakinan utk membuat cubaan aksi mountain bike. Memang jauh perbezaan dgn jentera lama.

Sunday, September 19, 2010

my beskal

My beskal is "blessed Bike". Jenama nok sik pernah didengar urang. Nang brand local. Sampekan brand gear nya pun Lizaro. dah try seacrh di ineternet kluar Lazaro jak. So kali tok brand niru @ ciplak, Lazaro jadi Lizaro hahaha.... enjoy gambar jak lah.





Tuesday, September 14, 2010

Mountain Bike Cycling


Selamat hari raya.... Baru raya ke-4 kami dah memulakan sesi persekolahan. Apatah lagi budak, guru pun merungut, sebab masih mood cuti. Merungut-merungut pun tetap datang kerja dan menjalankan amanah.

Tapi apa yang menyeronokkan ialah aktiviti pada waktu petang, aktiviti riadah terbaru iaitu berbasikal. Basikal jenis "mountain bike". Pasti ramai yang menyangka atau beranggapan bahawa hobi ni mahal sebab memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kalau nak beli basikal yang original dan berkualiti tinggi memang harganya sangat mahal. Tapi utk makluman, basikal yang saya sendiri guna ini adalah berharga RM190 sahaja. Memang kualiti kurang, tp bolehlah untuk menjalankan aktiviti riadah ni. Petang ini kami memulakan aktiviti dengan mengayuh dr sekolah ke Rumah Panjang Isau. Jarak tak pasti, agak2 mungkin dalam 6 KM? Penat tapi seronok. Ni disertakan foto yg diambil dengan camera handphone oleh Mr. Boosyn.
Posing di depan rumah panjang Isau.
Sebelum berangkat pulang.
Keletihan selepas berkayuh mendaki bukit.
Posing lagi di atas bukit, tunjuk sunset. cantik pemadangannya
Sambil berbasikal, boleh workout. Dah penat dengan lower body part, sekali2 exercise utk upper body hehe...
Selamat Tiba di pekan. Masa utk minum, kita minum dulu!!!!
Selepas ini pasti ada lagi entri berkenaan dgn berbasikal. Perancangan terdekat, kami akan cuba mengayuh menawan Kuala Tatau bersempena dengan Hari Malaysia 16 September. Wish us luck thank you....

Tuesday, September 7, 2010

Kpg's Photos

Nikmati foto yang sempat ditangkap semasa di kampung. 
Bunga pokok daun buan. entah apa ntah nama saintifik dia ni
Cubaan menggunakan mode pin hole
Masa ni nak ambil gmbr guna mode micro, tp kelam kabut terus guna jer IA
Tumbuhan spora yang tumbuh dengan sendirinya (semula jadi) di bawah "tanjuk"
Artifak, sedikit bahan peninggalan moyang. Tajau lama dan tempayan.
Untuk kawan-kawan yang meminati gmbr monochrome
Kampung boy. Anak buah 
Bersamamu....