Alloo ramblers....
Selamat kita bersua kembali. kali ni nak kongsi sedikit berkenaan dgn kesedihan dan kekecewaan ku hikhik... (sedihkah...?) Sebelum ini, iaitu sebelum aku transfer dr Sabah ke Sarawak ni aku begitu aktif bersukan terutamanya main bola sepak. Aktif dengan kata yang betul2 aktif iaitu bermain setiap ptg dan turut menyertai tournament2.
Dimulakan ceritanya, pada awal tahun hari tu kaki aku terkehel sedikit menyebabkan kecederaan lutut ku. ini mungkin akibat kesan drpd permukaan pdg yang tidak rata. (mungkinlah). Bukan apa, kalau sebelum2 ni kena tendang, kena terjah, bertembung dan sebagainya termasuk kena takle jatuh tergoleng-goleng pun masih ok. Kalau injured pun, skejap dah sembuh.
Tapi kecederaan kali ni betul2 membelenggu karier ku sbg pemain bola sepak hehehe.... dari awal tahun hari tu sampai sekarang tak sembuh2 lagi. Sangat mempengaruhi prestasi dan mutu permainan. Walaupun skill masih ada, stamina n nafas dah ok. Tapi lutut ini menghalang aku daripada berlari laju atau melakukan tindakan reflek yang pantas.
Dan yang paling mengecewakan.... aku tidak boleh lagi nak melakukan rembatan2 kencang yang selalunya digeruni oleh penjaga2 gawang. Tidak ada lagi rembatan yang "malatop"... uhukuhuk.... Rentetan drpd kecederaan ini lah yang menyebabkan aku tidak terpilih utk mewakili team bola sepak pskpp tatau. (Kecewa la jugak). Jauh dlm lubuk hati ku berbisik..."kalaulah aku tak injured, sure aku terpilih. mcm blh jugaklah beat some of d player. Tapi apa kan daya.... Sabar ja lah....
By the way, skrg dah tukar game pulak. Wakil dalam pasukan bola tampar. Tetapi masih tetap kecewa gara2 lutut ni. Bukan apa, sebab lutut ni jugak aku tidak dapat mempamerkan tahap permainan yang sebenar. Servis, digging, setting masih ok. Datang bab spike tu yg tak seberapa ok dah gara2 tidak dapat melompat tinggi seperti dulu. Lompatan sekarang yang boleh dikatakan hanya meloncat, bukannya melompat menghalang aku drpd melakukan spike@rejaman yang kencang@tajam seperti dulu2.
huh!!!! sedih dan kecewa....
4 comments:
sabar pok...dah tua dah kali..yala sik dapat main dgn melatop lagik..eehehehe..sikpa..boleh jadi coach la..ehehe
Adeh kesian nyer.
bagus ko tkr game, start jamming! x perlu berlari dan tendang.. Paling2 pun lompat ja sambil goreng gitar.. hehe..
Norris: Memang betul mungkin faktor usia juak, ataupun sebab dah terlampau aktif masa muda2 dulu hehehe
Willie: kesian, tapi masih berusaha utk mengaktifkan diri.
Gary: Memang maok juak "restart" jamming tp blm ada geng di Tatau tok. Goreng gitar sik terrer aku, ketuk2 drum atau petik gitar bass shud be better, boleh lah....
Post a Comment