BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Bola tampar. Show all posts
Showing posts with label Bola tampar. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Bola Tampar @ Volleyball by Mizuno

Hai Ramblers...
      Weekend minggu yang lepas, saya bersama wifey pergi jalan2 ke Swan City. Saja nak jalan-jalan cari makan and tengok-tengok barang. Ini adalah salah satu barang yang berjaya diperolehi. Kasut sukan Indoor Mizuno, nama modelnya WAVE BLOCKER 7. Oh ya... lupa mau inform bahawa sekarang adalah gelombang angin bertiup kencang musim main bola tampar hehehe... Sebab itulah semangat nak beli kasut ini untuk main bola tampar. Menurut seorang kawan saya, brand Mizuno ni memang famous di kalangan player bola tampar selain brand Asic.


Sejak memakai kasut ini.... fuh!!!! memang berbaloi-baloi... Sangat sesuai untuk permainan gelanggang terutamanya bola tampar ni. Sangat selesa untuk melompat atau landing semasa melakukan rejaman (spike)
Saya pernah menceritakan tentang kecederaan lutut yang saya alami dalam older post. Dengan memakai kasut ini, ia dapatlah membantu saya untuk meloncat lebih tinggi. (walaupun bukanlah melompat tinggi). Sekarang dah bolehlah spike sikit2 serta blocking. Selepas bermain pun lutut tak adalah sakit sangat mcm dulu. Promosi kasut Mizuno pulak ni....

Friday, April 16, 2010

SMK TATAU Juara lagi...

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Tampar Lelaki SMK Tatau kerana telah menjuarai Kejohanan Bola Tampar antara sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2010 yang telah dianjurkan dan diadakan di SMK Tatau pada hari ini 16/04/2010. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penganjur, pengelola, AJK pelaksana serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Syabas diucapkan.
Tidak lupa juga ucapan tahniah buat jurulatih yang telah bertungkus lumus untuk melatih para pemain.


Sesi pemanasan badan.


Pemain masuk gelanggang. yg baju oren tu la jurulatih nyer...

Aksi ketika bertarung...


Barisan penyokong (guru) yang memberi sokongan moral cheh...
Termasuk akulah tu, tp sedang sibuk ambik gmbr2 ni


Tamparan hebat mcm tu... pemain pasukan lawan hanya mampu ternganga...
Salah blocking pemain lawan tu...


Meraikan kemenangan.... eh lupa plak, yg berjersi merah tu dah tentulah Pasukan Bola Tampar Perempuan kan... Tahniah jugaklah sbb dpt naib johan. Boleh tahan jugak untuk penyertaan pertama.