BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Ngingit. Show all posts
Showing posts with label Ngingit. Show all posts

Friday, April 16, 2010

The Sounds Of Tatau @ Suara Tatau

Hampir setiap malam aku jadi pembunuh dan membunuh lagi demi keselamatan dan keselesaan aku dan isteri ku...(yeap! I luv my wife, i'll kill for you ngek...) Benda yg aku bunuh adalah seperti dalam gambar di bawah ini hahaha!!!...

Tak kira siang atau malam, ia sentiasa menggamit suasana. Lebih-lebih lagi ketika keheningan mlm. Suaranya begitu menusuk di kalbu dan jiwa raga hahaha!!! Masyarakat sekeliling panggil benda ni Ngingit. Tp tak tau la nama sebenar or nama scientific dia apa. Dlm bahasa Melayu, Beringin kot... betul kah? Tapi serius, benda ni bnyk sgt di Tatau. Kat kmpg aku sendiri ada jugak tp jarang2 la jumpa. Ni tak kira siang atau mlm, di rmh mahu pun di sekolah. Even di pekan pun bnyk. So memang bnyklah benda ni di Tatau.

Setakat ni, saya dah kenal pasti 3 jenis ngingit yg terdapat di sini;

1. Ngingit yg warna hitam, saiz yg kecil dan mengeluarkan bunyi yg sgt nyaring @ nada tinggi ala-ala suara sopranos tu kot...

Ni bukti pembunuhan. Pandangan bahagian bawah.


Ngingit hitam kecil dr pandangan depan.

Bawak geng nampak...

2. Ngingit warna hijau, medium size, mengeluarkan bunyi yg sederhana nyaring. Nak kata nada tinggi tak jugak, nak kata nada rendah pun tak jugak. Kira yg sedang2 saja lah....

I suka warna hijau. Tp benda hijau yg satu ni I terpaksa bunuh sbb ia mengganggu tidurku...

Kalau tak silap, jenis yg hijau ni blh dimakan. Tp tak pasti la jugak, sama ada semua jenis ngingit ni blh dimakan. Menurut salah seorang collegue saya, dia pernah mendapati seorang pelajar membawa sebungkus ngingit ke sekolah. Rupanya2 itulah bekalan dia dr rumah... Ngingit goreng.("nyamai cikgu" budak tu kata)
Sepanjang @ setakat pemerhatian saya, saya mendapati bunyi yg terhasil adalah dr bahagian bawah perut ni.
3. Ha... ni jenis yg besar, mengeluarkan bunyi yg bernada rendah. garau lagi la... ala-ala suara bass gitu...

Besar ni, sebesar ibu jari kaki ku
Pandangan penuh. stail badannya...

Bahagian yg mengeluarkan bunyi bernada rendah
Aku zoom skit, baru nampak sebenarnya cantiklah ngingit ni. warna hitam keemasan. Kalau korang dpt zoom gmbr ni lagi jelas, cantik tau... texture kulit dgn warna dia memang cantik.
Jadi aku cadangkan, pihak majlis Daerah Tatau ni, bolehla gunakan Ngingit sebagai maskot. Bolehlah buat tugu patung ngingit di bulatan tgh2 pekan tu. tak pun, buat muzium ngingit ker...