BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 23, 2010

Kembalikanlah....

Alloo ramblers....

Selamat kita bersua kembali. kali ni nak kongsi sedikit berkenaan dgn kesedihan dan kekecewaan ku hikhik... (sedihkah...?) Sebelum ini, iaitu sebelum aku transfer dr Sabah ke Sarawak ni aku begitu aktif bersukan terutamanya main bola sepak. Aktif dengan kata yang betul2 aktif iaitu bermain setiap ptg dan turut menyertai tournament2.
Dimulakan ceritanya, pada awal tahun hari tu kaki aku terkehel sedikit menyebabkan kecederaan lutut ku. ini mungkin akibat kesan drpd permukaan pdg yang tidak rata. (mungkinlah). Bukan apa, kalau sebelum2 ni kena tendang, kena terjah, bertembung dan sebagainya termasuk kena takle jatuh tergoleng-goleng pun masih ok. Kalau injured pun, skejap dah sembuh.
Tapi kecederaan kali ni betul2 membelenggu karier ku sbg pemain bola sepak hehehe.... dari awal tahun hari tu sampai sekarang tak sembuh2 lagi. Sangat mempengaruhi prestasi dan mutu permainan. Walaupun skill masih ada, stamina n nafas dah ok. Tapi lutut ini menghalang aku daripada berlari laju atau melakukan tindakan reflek yang pantas.


Dan yang paling mengecewakan.... aku tidak boleh lagi nak melakukan rembatan2 kencang yang selalunya digeruni oleh penjaga2 gawang. Tidak ada lagi rembatan yang "malatop"... uhukuhuk.... Rentetan drpd kecederaan ini lah yang menyebabkan aku tidak terpilih utk mewakili team bola sepak pskpp tatau. (Kecewa la jugak). Jauh dlm lubuk hati ku berbisik..."kalaulah aku tak injured, sure aku terpilih. mcm blh jugaklah beat some of d player. Tapi apa kan daya.... Sabar ja lah....
By the way, skrg dah tukar game pulak. Wakil dalam pasukan bola tampar. Tetapi masih tetap kecewa gara2 lutut ni. Bukan apa, sebab lutut ni jugak aku tidak dapat mempamerkan tahap permainan yang sebenar. Servis, digging, setting masih ok. Datang bab spike tu yg tak seberapa ok dah gara2 tidak dapat melompat tinggi seperti dulu. Lompatan sekarang yang boleh dikatakan hanya  meloncat, bukannya melompat menghalang aku drpd melakukan spike@rejaman yang kencang@tajam seperti dulu2.

 huh!!!! sedih dan kecewa....

Monday, July 19, 2010

Ultraman vs Doraemon vs Hello Kity

Alooo semua.... setelah sekian lama off dari ber"blog" akhirnya aku terpanggil juga untuk kembali beraksi. Ceh... macam gempak jer.... Tiada apa yang menarik sangat, cuma nak kongsi bahawa aku terpanggil untuk menulis blog ni sebab nak share yang aku rindukan anak2 buah ku di Kuching. Ni disertakan sikit gambar wajah2 kerinduan hamba...hehehe...


Semasa cuti gawai yang lepas, sempat singgah melawat anak2 buah. Kebetulan salah seorangnya sambut birthday. Jadi, dengan bajet yg seciput (gara2 duit habis utk repair keta n belanja gawai la tu...) aku belikan Bday kek yg ala kadar janji cukup syarat jak. (kesian anak buah aku...)





 Ha... tu dia wajah2 kerinduan hamba. tiga org anak buah aku (anak kpd abg aku). Betul2 ikut susunan dah tu. Dari kiri sekali si kakak paling tua(Memel), tgh2 bday girl(Pempem) dan paling kecil (Nonoi). Seronok tgk mereka sedang nyanyi lagu hari jadi. Jauh dlm lubuk hatiku, timbul rasa macam kesian sebab mengenangkan "Usu" dia ni juz beli kek2 kecik tu jer... Kenapala tak bawa mereka pegi KFC ka, McD ka... Huh!!! Pa boleh buat, takda bajet....
Terharu juga tgk mereka, sebab rasa2 mcm ada jugak la terpancar kegembiraan di wajah mereka. (betul kah? cuba korang tgk betul?)


Mereka sedang menikmati kek yang tak seberapa.
Adui.... terharunya aku kalau mengenangkan detik2 ni.... Kalaulah aku dapat belikan mereka kek yg lebih besar, lebih sedap atau lebih mahal kan best.... beli hadiah lagi untuk mereka....hmmmm...








Wajah ceria mereka bersama dengan Aunty Bibi yang mereka selalu sebut-sebutkan.... Arrgghhh!!!! Rindu lah dengan mereka....