BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 23, 2010

Sepak Takraw by Bata

Allloooo Ramblers... kali ni saya nak berkongsi pasal benda di dalam gambr ni pulak. Setelah sekian lama saya mencari, baru sekarang jumpa balik kasut ni. Saya rasa orang-orang lama mungkin familiar dengan kasut ni. Dulu semasa di bangku sekolah iaitu semasa di sekolah menengah, inilah kaasut yang saya pakai ke sekolah. Ditambah lagi kasut ni sangat sesuai untuk bermain sepak takraw. Yang biasa main sepak takraw mungkin dah tahu, kasut ni sangat sesuai untuk melibas yang biasanya dipakai oleh "killer" untuk mematikan bola. Tapi sekarang tak tau la pulak, mungkin mereka dah pakai kasut "rejam" kot...
 Hari tu jalan-jalan di Bintulu, jumpa jer kasut ni terus beli. Walaupun sekarang bukanlah musim main sepak takraw. Tapi saja beli untuk stand by kalau-kalau lepas ni ada main sepak takraw. kalau tak pun simpan jer lah untuk koleksi.
 Teringatlah masa wakil sekolah dulu-dulu... Tapi yang sedihnya, teringat jugak dengan rakan karib, rakan sepasukan saya iaitu mendiang Reagan Hidi yang telah pergi buat selama-lama. (RIP).
Jadi walaupun selepas ini saya tak aktif bermain sepak takraw lagi, kasut ini tetap akan menjadi koleksi simpanan dengan "sentimental value" nya.... "THANK YOU KASUT BATA TAPAK IJO (HIJAU)

1 comments:

Norris Thomas said...

woit!...agi ada model kasut tok ka? ehehehehe...sik kala ku nangga kasut tok agik..best kasut tok kei skolah...grip kuat..ehehehe..
tapi mcm diperbaharui jak model tok..kacak...klasik.