BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 26, 2010

BAJET 2011

Bajet 2011 telah diadakan pada petang hari Jumaat (15/10/10). Dah tentu semua org dah  tahu kan...? Saje jer bagi title entri ni gempak sikit. Ada kaitan kah isi entri ni dengan Bajet 2010..? Adalah sikit perkaitannya kot... Sebab aktiviti ini kami telah jalankan sebelah malam hari tersebut. Nama aktiviti ni tak perlulah saya nyatakan kan...?

Sedang memantau dan memerhatikan mangsa...
 Well... kami pergi hunting di Bukit Ambun, betul kah...? di ulu Tatau. Dengan menaiki jentera 4x4 Storm Kuning Encik Alek (Alex) kami menyusuri jalan balak. jalan tanah kuning berbukit-bukau. Jurang yang curam di kiri dan kanan jalan. Adventure jugaklah rasanya. Kami diiringi oleh beberapa org ranger yang berpengalaman iaitu org kampung tempatan.
Sesi 'randau' semasa singgah berehat di pondok kediaman pekerja balak. Seronok mendengar cerita pengalaman brother yg berbaju biru itu. Lawak di tgh hutan, di pagi buta, utk menghilang penat.
Posing bersama Encik Alek (Alex) pemilik jentera 4x4 Storm Kuning, yang bercita-cita nak tukar kpd lipan (buldozer) kuning mcm di belakang tu.
Hasil pada malam itu. on my right adalah 3 ekor musang, on my left seekor 'enturun' (dlm Bahasa Iban). Spesis musang jugak kot... Tapi bukan aku yang tembak.... Thank you to Mr Jilan dan Ikak nya berjaya menembak jatuh hasil2 pada malam itu
Daging musang masak kunyit berkuah. (suka hati aku lah nak letak nama masakan ni kan...)

 Gambar di atas ini adalah produk akhir (final produk) yang berjaya dihasilkan. Oleh kerana my wifey tak makan masakan exotic, so aku masak sendiri "daging musang masak kunyit berkuah". Bagi aku sedap, cuma dagingnya ni ada liat sikit. mmmm.... masa menaip ni pun dah meleleh air liur aku...

Bye then... enjoy your meal!!!

Friday, October 22, 2010

Perkhemahan Tahunan

Pada 2 dan 3 Oktober yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Tahunan dan seterusnya perasmian penutupan Ko-kurikulum tahun 2010. Di sini disertakan gambar utk menceritakan segalanya

Antara aktiviti yg dijalakan ialah pertandingan perbarisan (Kadet Remaja Sekolah)
Perbarisan kadet Polis
Seterusnya pertandingan kawad kaki


Panorama tapak perkhemahan yang kami sediakan
Ooops!! lupa pula nak bagitau bahawa utk perkhemahan kali ini saya diberi tugas sebagai ketua AJK tapak perkhemahan. Antara tugasnya ialah menyediakan tapak perkhemahan mengikut unit. Untuk memeriahkan lagi suasana saya telah mengajak ahli AJK dan sekumpulan pelajar tingkatan enam yang membantu untuk membuat pintu gerbang. Pada pendapat saya, pintu gerbang ini akan menambahkan lagi seri tapak perkhemahan dan saya menjangkakan ia akan menjadi background utk banyak fotografi....
Menyediakan banner utk pintu gerbang.
Pintu gerbang yang serba ringkas dilengkapi dengan banner, bendera Sarawak dan Jalur Gemilang
Dan tidak syak lagi, pintu gerbang ini menjadi background utk sesi fotografi setiap unit yang terlibat, tidak termasuk gambar individu2 lain yang pastinya telah menghiasi banyak album, blog dan sekurang-kurangnya menghiasi Facebook....
Puteri Islam (PPIM) bukan PPSMI ok...
Kadet Polis
PBSM
Pandu Puteri
Pengakap



Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Tidak ketinggalan, sebilangan geng pengayuh juga turut ber"posing"
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli AJK tapak perkhemahan dan tidak lupa juga kepada kumpulan pelajar Tingkatan 6 Atas yang sangat berdedikasi untuk membantu khususnya utk menyediakan tapak perkhemahan dan menjayakan perkhemahan amnya.... Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.